~~Bila
kekasih…
mengundang aku pulang…
mahligai menanti penuh gemilang…
bila
kekasih menyingkap tabir cinta…
tiada terbatas dengan kata-kata…
~~Dapatkah aku membalas dengan air mata…
tanda syukur menerima setelah sekian lama…
menghamba hidup pada dunia…
~~Seribu tahun takkan sama…
sesaat bersatu dalam nyata…
kerana kasih ku sanggup korbankan…
jasad dan nyawa…
~~Terang bulan kerana mentari…
hadir bayang kerana cahaya…
begitulah cinta kita…
~~Tiada jarak pemisah lagi…
tiada garis sempadan budi…
aku terima dan jua memberi…
seikhlas hati…
~~Seribu tahun dan sejuta langkah…
seribu tahun bersinar cinta…
kita bertemu di penghujung rindu…
(Makna Lirik)
~~Lagu
yang mengisahkan tentang taubatnya seorang hamba. Itulah yang
diungkapkan dengan “Bila kekasih mengundang aku pulang”. DIA telah
melorongkan jalan hidayahNya pada hamba-hamba yang dikehendakiNya. Jalan
hidayah yang penuh dengan liku-liku dan warna keinsafan. Apabila DIA
mula menunjukkan erti sebenar zat, sifat, af’aal dan asmaNYA… maka
tidaklah boleh terungkap dengan sebarang bentuk kata-kata. Kerana itu
adalah sesuatu yang sangat indah…
~~Gugurnya
airmata keinsafan itu adalah tanda hati seorang hamba yang lemah. Lemah
dengan Hakikat Cinta Allah yang begitu agung, suci dan tiada ragu-ragu
padaNya lagi. Maka bersujud syukurlah sang hamba dalam keikhlasan
menerima jalan Allah setelah hampir separuh kehidupannya tewas dan
tunduk pada nafsu dunia…
~~Sesaat
walau sedetik tajallinya zat Allah itu adalah lebih berharga daripada
kehidupan yang panjang bak beribu tahun. Kerana Kasih Hakiki itulah sang
hamba sanggup mengorbankan apa sahaja bahkan perkara yang paling
berharga iaitu nyawanya sendiri. Kerana ‘mati’ itu adalah lebih baik
daripada bernyawa. Itulah syarat untuk bertemu DIA.
~~Bulan
bersinar kerna adanya sang mentari… wujudnya bayangan kerana adanya
cahaya. Begitulah perumpamaannya bagi mereka yang telah mengenali siapa
itu ALLAH.
~~”Aku
berada dekat sekali dengan hambaku lebih hampir daripada pembuluh
halkum mereka”. Apabila tiba di peringkat makrifatullah, itulah yang
akan dirasai oleh sang hamba. Memberi dan menerima cintaNYA dengan hati
yang terbuka. Bukan hanya sebesar nyiru..bahkan seluas mata memandang
ikhlas Diri menerima cinta Dia.
makna lirik dr http://sofya-mencaridiri.blogspot.com/2012/06/di-sebalik-lirik-penghujung-rindu-jamal.html
1 comment:
Terbaik lirik ...
Post a Comment