Damasutra - Sesat Dalam Rindu
~~Ku resah mencarimu dengan akal…
Dengan bersama-sama sifat pinjaman…
Kau ku rasakan semakin menjauh…
Tersesatlah aku dalam rindumu…~~
~~Ku
satukan firasat mencarimu…
dan ku terlontar di penghujung alam…
kau
masih tidak dapat ku jejaki…
betapa malangnya nasibku…~~
~~Keranamu
ku tinggalkan segalanya…
sendiri aku terpedaya…
punya akal dan firasat
yang tidak ke mana…
hanya jalan yang sempurna…~~
~~Zahir
musnah bagi yang mimpi…
zahir ada rahsia mencari…
lalu ku salami di
dalam diri…
di bawa arus nafasku…
asal serah janji dahulu…
mula hidup
pasti mula cinta…~~
~~Engkau kasih ada di sini…
engkau kasih ada menanti…
Engkau kasih..aku jua kasih…
(Maksud Lagu)
~~Sesat
dalam rindu menceritakan tentang seseorang yang mahu mencari Pemilik
DIRI yang telah lama ditinggalkannya. Dalam resah, bersama sifat-sifat
pinjaman Allah Ta’ala, penulis berusaha untuk mendekati semula DIRI yang
kini bagaikan ‘merajuk’, dan semakin menjauh…~~
~~Naluri
disatukan, hanya untuk bertemu DIRI. Namun, penulis mendapat habuan
yang setimpal dengan perbuatannya apabila dia dibiarkan terlontar
sendirian di ‘alam zikir’ DIRI semakin menjauh dan kian sukar
dijejaki…~~
~~Kesungguhan
dalam mencari diri, membuatkan penulis sanggup meninggalkan segala
kenikmatan dan kemewahan dunia. Namun pengorbanan itu terlalu kecil dan
tidak memberi apa-apa makna baginya apabila dia perlu menempuh
kesengsaraan dalam kerinduan…~~
~~Penulis
mengingatkan kepada pendengar yang mahu belajar ‘jalan’ ini agar tidak
mendambakan kehebatan dunia sebagai impalannya (sang pemimpi), tetapi
mereka sebaliknya perlu tahu ‘rahsia mencari’ Yang Tersembunyi. Hal
inilah yang membuatkan penulis kembali membawa dirinya menyelami ke
dalam DIRI (muraqabah). Dan saat itu…nafas turun dan naik disusun
bersama lafazan zikir. Syaratnya, cuma mengotakan semula ‘janji’ yang
dibina kepada DIRI suatu masa dulu… “Hidup di dunia hanya untuk
beribadah…” dan bermulalah sebuah percintaan antara manusia dan
Penciptanya disaat roh ditiupkan ke dalam jasad.
~~Pada
rangkap lagu yang terakhir… merupakan kemuncak sebuah percintaan.
Kerinduan yang sekian lama terpendam…telah tercetus…kesesatan menjadi
kebenaran hakiki…apabila penulis telah menemui Pemilik Cinta Yang Abadi.
Di situlah terlihat olehnya DIRI menanti kehadirannya.
~~ENGKAU KASIH…AKU JUA KASIH…(Engkau adalah aku…dan aku adalah engkau…)
maksud lagu dari : http://sofya-mencaridiri.blogspot.com/2012_03_01_archive.html
No comments:
Post a Comment