.


Monday, April 20, 2015

Lirik Lagu Jamal Abdillah - Penghujung Rindu

~~Bila kekasih… 
mengundang aku pulang… 
mahligai menanti penuh gemilang… 
bila kekasih menyingkap tabir cinta… 
tiada terbatas dengan kata-kata…
~~Dapatkah aku membalas dengan air mata… 
tanda syukur menerima setelah sekian lama… 
menghamba hidup pada dunia…
~~Seribu tahun takkan sama… 
sesaat bersatu dalam nyata… 
kerana kasih ku sanggup korbankan… 
jasad dan nyawa…
~~Terang bulan kerana mentari… 
hadir bayang kerana cahaya… 
begitulah cinta kita…
~~Tiada jarak pemisah lagi… 
tiada garis sempadan budi… 
aku terima dan jua memberi… 
seikhlas hati…
~~Seribu tahun dan sejuta langkah… 
seribu tahun bersinar cinta… 
kita bertemu di penghujung rindu…

(Makna Lirik)
~~Lagu yang mengisahkan tentang taubatnya seorang hamba. Itulah yang diungkapkan dengan “Bila kekasih mengundang aku pulang”. DIA telah melorongkan jalan hidayahNya pada hamba-hamba yang dikehendakiNya. Jalan hidayah yang penuh dengan liku-liku dan warna keinsafan. Apabila DIA mula menunjukkan erti sebenar zat, sifat, af’aal dan asmaNYA… maka tidaklah boleh terungkap dengan sebarang bentuk kata-kata. Kerana itu adalah sesuatu yang sangat indah…
~~Gugurnya airmata keinsafan itu adalah tanda hati seorang hamba yang lemah. Lemah dengan Hakikat Cinta Allah yang begitu agung, suci dan tiada ragu-ragu padaNya lagi. Maka bersujud syukurlah sang hamba dalam keikhlasan menerima jalan Allah setelah hampir separuh kehidupannya tewas dan tunduk pada nafsu dunia…
~~Sesaat walau sedetik tajallinya zat Allah itu adalah lebih berharga daripada kehidupan yang panjang bak beribu tahun. Kerana Kasih Hakiki itulah sang hamba sanggup mengorbankan apa sahaja bahkan perkara yang paling berharga iaitu nyawanya sendiri. Kerana ‘mati’ itu adalah lebih baik daripada bernyawa. Itulah syarat untuk bertemu DIA.
~~Bulan bersinar kerna adanya sang mentari… wujudnya bayangan kerana adanya cahaya. Begitulah perumpamaannya bagi mereka yang telah mengenali siapa itu ALLAH.
~~”Aku berada dekat sekali dengan hambaku lebih hampir daripada pembuluh halkum mereka”. Apabila tiba di peringkat makrifatullah, itulah yang akan dirasai oleh sang hamba. Memberi dan menerima cintaNYA dengan hati yang terbuka. Bukan hanya sebesar nyiru..bahkan seluas mata memandang ikhlas Diri menerima cinta Dia.
~~’Seribu tahun dan sejuta langkah… seribu tahun bersinar cinta… kita bertemu di penghujung rindu..’ kemuncak bagi percintaan agung ini adalah mati. Tiada lagi sang hamba… tiada pula Sang Perindu… kerana Yang Merindu telah mengenali siapa Sang Perindu. Itulah titik awal dan titik akhir. 

makna lirik dr http://sofya-mencaridiri.blogspot.com/2012/06/di-sebalik-lirik-penghujung-rindu-jamal.html

1 comment:

Unknown said...

Terbaik lirik ...

iklan