.


Tuesday, May 19, 2015

Lirik Lagu Opick ft Amanda ~ Alhamdulillah


Lirik lagu Alhamdulillah by Opick feat. Amanda
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu

Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasannya
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatNya
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatnya

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Hilanglah semua perbedaan

Alhamdulillah wasyukurilah
Bersyukur padamu ya Allah

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu

Thursday, May 7, 2015

Lirik Lagu - Tapi Bagaimana Spider




~Kau buat ku teruja… 
kau buat ku tertawa… 
terbit rasa cemburu seperti pasangan kekasih yang hangat bercinta…

~~Dan tak sanggup berpisah… 
walau hanya sekejap… 
aku sangat merindui kau… 
senang sekali kau ada…


~~Tapi bagaimana nak ku kata padanya… 
dia yang ada seperti tiada… 
dengan dia cinta jadi sebuah ritual… 
haruskah aku kejam demi rasa… t
olong lepaskan aku dari sengsara ini…


~~Dia bukan tak cantik… 
dia bukan tak baik… 
hanya kekosongan yang ada… 
di sudut hatiku tak bisa diusik… 
hingga cinta jadi kematu…


~~Tiada yang nak gaduh… 
tiada yang nak tentang… 
hingga rasa menjadi kering kontang…


~~Tapi bagaimana nak ku kata padanya… 
dia yang ada seperti tiada… 
dengan dia cinta jadi sebuah ritual… 
haruskah aku kejam demi rasa… 
tolong lepaskan aku dari sengsara ini…


~~Tapi bagaimana nak ku kata padanya… 
dia yang ada seperti tiada… 
dengan dia cinta jadi sebuah ritual… 
haruskah aku kejam demi rasa…


~~Tapi bagaimana nak ku kata padanya…
 dia yang ada seperti tiada… 
dengan dia cinta jadi sebuah ritual… 
haruskah aku kejam demi rasa… 
tolong lepaskan aku dari sengsara ini…~~


(Maksud lagu)


~~Firman Allah dalam surah al-Imran (191): “Ingatlah Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi”. Sebenarnya bercinta dengan Allah itu lebih bahagia berbanding bercinta sesama manusia. Namun, sudah itu fitrah manusia normal. Dalam bercinta dengan Allah…mempunyai pelbagai rasa yang sangat unik. Dalam sedih ada bahagia, dalam bahagia ada derita, dalam derita ada gembira. Semua itu saling melengkapi. Namun untuk kecewa? Tidak akan pernah berasa kecewa…


~~Apabila sudah mengenali Allah, pastinya sukar untuk berpisah denganNya, walau hanya sekejap… pasti Diri Qurbah itu cepat merinduiNya. Dan apabila tajallinya sifat Allah, maka cinta yang kian berputik semakin mekar dan harum. Bagaikan sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan yang cantik berkembang mekar di mana mereka juga menyebut nama Sang Pemilik Cinta…


~~Tapi bagaimana untuk Diri Rohani (Qurbah) menyatakan betapa dia mencintaiNya. DIA hadir hanya sementara..kemudian kembali menghilang. Hanya sebentar dia menunjukkan sifat Jamaliyahnya (kecantikan). Dengan DIA cinta telah menjadi sebuah ritual. Itulah ritual menyebut namaNya dengan begitu mendayu syahdu menggambarkan betapa Hati merinduiNya. Firman Allah dalam Hadith Qudsi: “Aku adalah gudang yang tersembunyi, maka Aku ingin diketahui, maka Aku menciptakan makhluk agar mereka mengenaliKU.”


~~Firman Allah dalam hadith Qudsi lagi: “Ilmu batin adakah rahsia di antara rahsiaKU. Aku jadikan di dalam hati hambaKU dan tidak ada yang menempatinya kecuali AKU.”


~~ Firman Allah: “Aku ini berada pada sangkaan hambaKU. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Bila dia mengingatiKU pada hatinya, maka aku akan mengingatinya pada zatKU, dan bila dia mengingatiKu pada satu kumpulan, maka Aku akan mengingatinya pada satu kumpulan yang lebih baik daripadanya.” Yang dimaksudkan dengan hadis ini adalah manusia pada wujud manusia iaitu di alam ‘tafakkur’.


~~”Dia bukan tak cantik…dia bukan tak baik” merujuk kepada kekasih sesama manusia. Namun, kekosongan yang sedikit berada di sudut hati itu hanya akan menempatkan Cinta Allah sahaja. Nabi bersabda: “Hati seorang Mukmin itu adalah cermin dari Allah yang bersifat al-Mukmin.” Yang dimaksudkan dengan Mukmin yang pertama adalah hati hamba Allah yang beriman, sedangkan Mukmin yang kedua adalah zat Allah yang bersifat al-Mukmin. Jadi, manusia yang mampu melihat sifat-sifat Allah pada segala sesuatu yang ada di muka bumi, bererti dia pasti akan melihat zat Allah di alam akhir (Alam Lahut) tanpa adanya perantaraan.


~~Apabila dapat melihat zat Allah di alam Lahut, maka tiada siapa yang akan menentang. Di situlah selamanya sehingga rasa bukan lagi rasa. Hilanglah semua deria.


~~Rasul bersabda: “Seorang Mukmin, matanya akan melihat dengan cahaya dari Allah.”


~~Sabda Rasul: “ Seorang Mukmin adalah cermin Allah yang Mukmin.”


~~Hadis Rasul: “ Orang alim akan mengukur dan orang yang Arif akan membersihkan.”


~~Bila pembersihan hati telah sempurna… maka insan akan mendapat ma’arifatullah dengan selalu musyahadah pada ‘cermin Hati’.


Wallahu’alam


“Tapi bagaimana_spider”


Monday, April 20, 2015

Lirik Lagu Jamal Abdillah - Penghujung Rindu

~~Bila kekasih… 
mengundang aku pulang… 
mahligai menanti penuh gemilang… 
bila kekasih menyingkap tabir cinta… 
tiada terbatas dengan kata-kata…
~~Dapatkah aku membalas dengan air mata… 
tanda syukur menerima setelah sekian lama… 
menghamba hidup pada dunia…
~~Seribu tahun takkan sama… 
sesaat bersatu dalam nyata… 
kerana kasih ku sanggup korbankan… 
jasad dan nyawa…
~~Terang bulan kerana mentari… 
hadir bayang kerana cahaya… 
begitulah cinta kita…
~~Tiada jarak pemisah lagi… 
tiada garis sempadan budi… 
aku terima dan jua memberi… 
seikhlas hati…
~~Seribu tahun dan sejuta langkah… 
seribu tahun bersinar cinta… 
kita bertemu di penghujung rindu…

(Makna Lirik)
~~Lagu yang mengisahkan tentang taubatnya seorang hamba. Itulah yang diungkapkan dengan “Bila kekasih mengundang aku pulang”. DIA telah melorongkan jalan hidayahNya pada hamba-hamba yang dikehendakiNya. Jalan hidayah yang penuh dengan liku-liku dan warna keinsafan. Apabila DIA mula menunjukkan erti sebenar zat, sifat, af’aal dan asmaNYA… maka tidaklah boleh terungkap dengan sebarang bentuk kata-kata. Kerana itu adalah sesuatu yang sangat indah…
~~Gugurnya airmata keinsafan itu adalah tanda hati seorang hamba yang lemah. Lemah dengan Hakikat Cinta Allah yang begitu agung, suci dan tiada ragu-ragu padaNya lagi. Maka bersujud syukurlah sang hamba dalam keikhlasan menerima jalan Allah setelah hampir separuh kehidupannya tewas dan tunduk pada nafsu dunia…
~~Sesaat walau sedetik tajallinya zat Allah itu adalah lebih berharga daripada kehidupan yang panjang bak beribu tahun. Kerana Kasih Hakiki itulah sang hamba sanggup mengorbankan apa sahaja bahkan perkara yang paling berharga iaitu nyawanya sendiri. Kerana ‘mati’ itu adalah lebih baik daripada bernyawa. Itulah syarat untuk bertemu DIA.
~~Bulan bersinar kerna adanya sang mentari… wujudnya bayangan kerana adanya cahaya. Begitulah perumpamaannya bagi mereka yang telah mengenali siapa itu ALLAH.
~~”Aku berada dekat sekali dengan hambaku lebih hampir daripada pembuluh halkum mereka”. Apabila tiba di peringkat makrifatullah, itulah yang akan dirasai oleh sang hamba. Memberi dan menerima cintaNYA dengan hati yang terbuka. Bukan hanya sebesar nyiru..bahkan seluas mata memandang ikhlas Diri menerima cinta Dia.
~~’Seribu tahun dan sejuta langkah… seribu tahun bersinar cinta… kita bertemu di penghujung rindu..’ kemuncak bagi percintaan agung ini adalah mati. Tiada lagi sang hamba… tiada pula Sang Perindu… kerana Yang Merindu telah mengenali siapa Sang Perindu. Itulah titik awal dan titik akhir. 

makna lirik dr http://sofya-mencaridiri.blogspot.com/2012/06/di-sebalik-lirik-penghujung-rindu-jamal.html

Tuesday, April 14, 2015

Kurnia -SLAM


Terlukis hakikat insani
Dari cinta lautan jiwa
Satu pengzahiran rasa jelas di mata
Satu lakunan di pentas dunia
Ini kisah yang tidak berbingkai
Dan bahasa yang ternilai
Kita renangi bersama lautan nikmat
Sampai ke pulau segala keramat

(Chorus)

Ayuhlah kita pulang
Dendangkan lagu kasih sayang
Hilangkan keraguan terangkan kegelapan
Apa yang ada di langit dan bumi
Adalah satu curahan cinta kita tak terperi
Aku hanya menumpang kasih melihat keindahan
Menjamah kebahagian
Dan berterima kasih atas kurnia
Yang tak terhingga 


Friday, April 10, 2015

Di Pondok Kecil - Nada Murni

dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam

Sedihkan...tapi benda yang pahit itu merupakan pengorbanan yg paling besar...
Al -fatihah utk semua para syuhada dan mujahid2 yg telah sedang berjuang dan berkorban sejak zaman berzaman utk memberi hidayah Islam kpd kita semua...

Apa yg kita nikmati sekarang adalah hasil pengorbanan mereka...
(http://islam-5.blogspot.com)

Tuesday, April 7, 2015

Sesat Dalam Rindu - Damasutra

 Damasutra - Sesat Dalam Rindu

~~Ku resah mencarimu dengan akal… 
Dengan bersama-sama sifat pinjaman…
Kau ku rasakan semakin menjauh…
Tersesatlah aku dalam rindumu…~~
~~Ku satukan firasat mencarimu… 
dan ku terlontar di penghujung alam… 
kau masih tidak dapat ku jejaki…
 betapa malangnya nasibku…~~
~~Keranamu ku tinggalkan segalanya… 
sendiri aku terpedaya…
punya akal dan firasat yang tidak ke mana… 
hanya jalan yang sempurna…~~
~~Zahir musnah bagi yang mimpi… 
zahir ada rahsia mencari… 
lalu ku salami di dalam diri…
di bawa arus nafasku… 
asal serah janji dahulu… 
mula hidup pasti mula cinta…~~
~~Engkau kasih ada di sini… 
engkau kasih ada menanti…
Engkau kasih..aku jua kasih…
(Maksud Lagu)
~~Sesat dalam rindu menceritakan tentang seseorang yang mahu mencari Pemilik DIRI yang telah lama ditinggalkannya. Dalam resah, bersama sifat-sifat pinjaman Allah Ta’ala, penulis berusaha untuk mendekati semula DIRI yang kini bagaikan ‘merajuk’, dan semakin menjauh…~~

~~Naluri disatukan, hanya untuk bertemu DIRI. Namun, penulis mendapat habuan yang setimpal dengan perbuatannya apabila dia dibiarkan terlontar sendirian di ‘alam zikir’ DIRI semakin menjauh dan kian sukar dijejaki…~~

~~Kesungguhan dalam mencari diri, membuatkan penulis sanggup meninggalkan segala kenikmatan dan kemewahan dunia. Namun pengorbanan itu terlalu kecil dan tidak memberi apa-apa makna baginya apabila dia perlu menempuh kesengsaraan dalam kerinduan…~~

~~Penulis mengingatkan kepada pendengar yang mahu belajar ‘jalan’ ini agar tidak mendambakan kehebatan dunia sebagai impalannya (sang pemimpi), tetapi mereka sebaliknya perlu tahu ‘rahsia mencari’ Yang Tersembunyi. Hal inilah yang membuatkan penulis kembali membawa dirinya menyelami ke dalam DIRI (muraqabah). Dan saat itu…nafas turun dan naik disusun bersama lafazan zikir. Syaratnya, cuma mengotakan semula ‘janji’ yang dibina kepada DIRI suatu masa dulu… “Hidup di dunia hanya untuk beribadah…” dan bermulalah sebuah percintaan antara manusia dan Penciptanya disaat roh ditiupkan ke dalam jasad.

~~Pada rangkap lagu yang terakhir… merupakan kemuncak sebuah percintaan. Kerinduan yang sekian lama terpendam…telah tercetus…kesesatan menjadi kebenaran hakiki…apabila penulis telah menemui Pemilik Cinta Yang Abadi. Di situlah terlihat olehnya DIRI menanti kehadirannya.

~~ENGKAU KASIH…AKU JUA KASIH…(Engkau adalah aku…dan aku adalah engkau…)


maksud lagu dari : http://sofya-mencaridiri.blogspot.com/2012_03_01_archive.html

Friday, April 3, 2015

Sufi - Damasutra Lagu berunsur ketuhanan terbaik


~~Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka… 
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada… 
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia… 
Biar rebah dihina kau tak berubah…
~~Kau menguasai selautan… 
Yang tersembunyi di genggaman… 
Nafi dan isbat kau sandingkan… 
Sebagai tali pegangan….
~~Sufi kau hilang di pandangan…. 
Ada di dalam kenikmatan…. 
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah…. 
Andai tertutup tirai sufi…. 
Yang terang tidak nampak terang…. 
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan…
~~Inginku tempuh titianmu…. 
Dari kekasih ke kekasih…. 
Pengabdianku bersamamu kasih…. 
Biar rebah dihina kau tak berubah…~~

Tuesday, March 31, 2015

Bila Diri Disayangi - Ukays


Cukup mendalam maksudnya.. rintihan seorang Hamba pada Allah....

"dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah." al-Mu'minun : 12
"Dan milik-Nya siapa yang ada di langit dan di bumi..." al-Anbiya' : 19
pertama kali mendengar lagu "Bila Diri Di sayangi" tidak semena-mena mata ini menitiskan airmata. terkenang dosa-dosa silam. 

"dan milik-Nya meliputi segala apa yang ada di langit dan di bumi, dan kepada-Nyalah (ibadah dan) ketaatan selama-lamanya. Mengapa kamu tidak takut kepada selain ALLAH?" An-Nahl : 52

Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri



Sunday, March 29, 2015

Sunnah Orang Berjuang – Rabbani / nadamurni





Sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri..


Biasanya para pejuang
Rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu..


Orang lain membuat harta
Tapi dia ‘membuang’nya
Orang lain kawan terbatas
Tapi pejuang kawan merata..

 Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tidak terbilang..


Sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri..


Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
Walau perjuangan tak berjaya..


Sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri..

Sudah sunnah orang berjuang…

iklan