.


Tuesday, October 4, 2011

Nada Murni

Kumpulan Nada Murni merupakan sebuah kumpulan penyanyi nashid yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu dan aktif era 1987-an di Malaysia. Kumpulan Nada Murni yang bertapak sejak 1987 tersohor dengan lagu mereka seperti Bila Nur Melimpah Di Hati dan Nun Di Sana.
Isi kandungan

Ahli-ahli
Kumpulan Nada Murni dianggotai oleh sekumpulan ahli jemaah Al-Arqam. Antara yang terkenal ialah:

1. (Asri) Mohamad Asri bin Ibrahim (meninggal)
2. (Isman) Ismen Nadim bin Isam
3. (Munif) Munif Ahmad @ Putra Aiman
4. (Faizal) Mohd Faizal bin Osman
5. (Ariffin) Muhammad Ariffin b. Ahmad Rahim
6. (Salleh) Salleh bin Ramli (meninggal)

Kumpulan nasyid ini begitu popular. Album-album mereka begitu laris walaupun dijual secara tradisional (jualan terus) tidak dijual di kedai. Antara kumpulan lain yang seangkatan dengannya ialah kumpulan The Zikr.

Selepas Al-Arqam diharamkan, Nada Murni masih lagi aktif dan masih mengeluarkan album sehingga 1996. Album "Untukmu Rasulullah II" yang dikeluarkan pada tahun tersebut merupakan album terakhir. Irama nasyid di Malaysia mula menyepi kerana tidak ada lagu nasyid baru untuk diperdengarkan.

Ahli kumpulan Nada Murni kemudiannya berpecah dan muncul sebagai kumpulan Hijjaz, Rabbani dan Raihan.
Album
1. Kelahiran
2. Soul of Islam
3. Balada Makkatul Mukarramah
4. Cahaya Di Ufuk Timur
5. Malaysia Indah
6. Untukmu Rasulullah
7. Munajat
8. Yang Dirindu
9. Asmaul Husna
10. Melodi Sufi
11. Neraca Taqwa
12. Potret Aidilfitri
13. Untukmu Rasulullah II (1996)

Lagu popular
1. Bila Nur Melimpah di Hati
2. Di mana ketenangan
3. Haji Akhir Zaman
4. Harapan pada ayah ibu
5. Indahnya Hidup
6. Mujahid Dakwah
7. Munajat
8. Nun di Sana
9. Pemimpin Tiga Derajat
10. Sunnah Berjuang I & II
11. Harapan Pada Ayah dan Ibu
12. Haji Menuju Allah
13. Hati Yang Gersang
14. Huru Hara
15. Indahnya Hidup Bersama Ilahi
16. Kasih Sayang
17. Marilah Berkasih Sayang
18. Munajat
19. Nun di Sana
20. Rindu
21. Sifat 20

No comments:

iklan