.

Sunday, November 23, 2008

the Beatles' companies

(Newser) - Representatives of the Beatles' companies are meeting with video-game outfits to hash out the rights for possible Beatles-themed games. The reps are holding discussions with the makers of Guitar Hero and of Rock Band , the Financial Times reports. Analysts say that a deal might lead to more licensing of Beatles songs in other digital media.

Tuesday, November 11, 2008

kasihnya laila (jinbara) dan JINBARA - cinta pantai merdeka

kasihnya laila (jinbara)

JINBARA

JINBARA - cinta pantai merdeka

Majukanlah Rock Untuk Negara

23. 12. 2005

Majukanlah Rock Untuk Negara by Nur Hanim Khairuddin

Meski menyorot sekelumit dari sejarah sosio-hiburan silam yang berkecamuk dan tercerai-cerai, Rock membawa kita kembali menjengah keberadaan ‘pop culture’ dan ‘pesta muda-mudi’ di dekad 80an. Penuh nostalgia, padat dengan lagak dan imej realistik disulami beberapa babak kelakar, Mamat Khalid memaparkan secebis sahsiah dan siasah popular (asalnya sub-kultural jua) pemuda Melayu generasi ‘x’ khusus yang membesar di akhir 80an, tahun-tahun yang menyaksikan pemodenan pesat negara Malaysia. Zaman bila mana rock, terutama berentak pop, slow, heavy, melodik, progresif dan glam, merangka detik-detik legasi keemasannya, menjadi genre pop komersial yang paling berpengaruh; kegemilangannya sekaligus mengundang seribu satu macam pemerhatian songsang dan pertelagahan sosial, politik, budaya, agama: terutama dari aspek jatidiri kebangsaan, kebangkitan Islam serta kesucian dan kemurniaan muzik tradisional asli, keroncong, ghazal.
Rock bukan setakat mengimbas kembali kenangan kepada kebangkitan fenomena rock ‘kangkang’ alias rock ‘kapak’ yang bercambah dari kelongsong ‘budaya kutu’, budaya bawah/rendah dokongan ‘cultural outsiders’ yang terlahir dari aspirasi dan imaginasi berontakan. Tetapi Rock turut mengajak kita merenung semula pengalaman dan teladan yang dikutip suatu waktu dahulu seputar revolusi rock. Kisah budaya popular remaja, meski bersolekkan kegilaan dari kacamata orang tua dan kelompok yang buta kajian budaya, sesungguhnya adalah sebuah naratif yang besar pengaruhnya kepada iklim penghidupan masyarakat: alam remaja sedikit sebanyak mencerakin dunia dewasa.
Rock mengalunkan kembali irama-irama dentam-dentum Loudness, Iron Maiden, Def Leppard, Poison, Cinderella, Motley Crue, Sweet Charity, Search, Lefthanded, BPR, Rusty Blade. Menonton Rock mengimbas kembali lagak heroik Man Kidal menggoreng ‘riff’ dengan gigi, lenggok feminin Ella, jeritan tinggi ‘key e’ si Amy, dayuan lagu-lagu ‘jiwang’ diringi ratusan kilauan ‘lighter’, anggukan ‘headbanging’ dan ‘air-guitaring’ seraya lambang jemari ‘tanduk setan’ ditujah ke langit malam. Rock mengulangtayang imej-imej ‘jeans’ cabuk ketat terkoyak di lutut dan kelangkang disendat gumpalan kertas, talipinggang dan ‘wristband’ bertata ‘stud’, ‘buckle’ besi sebesar penumbuk, seluar ‘bundle’ merah-jingga-hijau-biru menyala, jeket biru ‘denim’ dan jeket hitam ‘pvc’ terlukis logo-logo band idola, ‘key’ dan ‘bandana’, ‘sneaker’ adidas-reebok-aliph-warrior-pallas, celak ‘mascara’, kacamata hitam ‘rayban’.
Selepas beberapa siri ‘battle of the bands’ dan ‘tour’ menjelajah pelusuk negara, selepas klon-klon Search dan Lefthanded memadati studio ‘jamming’ memainkan lagu-lagu klasik “Smoke On the Water,” “Stairway to Heaven,” selepas beberapa ratus sesi konsert menggegari Panggung Anniversary, Hard Rock, Piccadily, Kota Raya, stadium negeri, funfair dan tapak ekspo, selepas tauke-tauke mengaut untung dari keset-keset cetak rompak yang dilambak di pasar malam, dari ceruk felda ke tengah bandar, rock menggetarkan secorak gerakan budaya remaja. Sebelum lagi mat-mat ‘alternatif-underground’ melolongkan irama-irama punk ke numetal, sebelum lagi demam Nirvana menerjahkan ‘keselekehan’ grunge, sebelum lagi editor-editor lincah menitipkan zine-zine ‘bawahtanah’, sebelum lagi mohican dan mohawk berarak ke dataran merdeka, sebelum lagi ‘blackdeath metallers’ teruja meminum darah kambing dan bertafakur di jirat cina, rock telah pun membenihkan ejen-ejen dan elemen-elemen estetika baru di kalangan budak-budak muda Melayu, di kota mahu pun di kampung. Rock muncul sebelum lagi balada nusantara dan nasyid jadi sepopular sekarang.
Fenomena rock, malangnya merangsang kritik-kritik sosiobudaya berat-sebelah di dada akhbar, tivi dan tesis PhD (kisah sensasi basi yang sampai sekarang masih dinyanyikan penuh sumbang: ajaran sesat punk dan black metal sesesat kerajaan langit si Ayah Pin), adalah kesinambungan sejarah hidup remaja malaya dengan muzik dan segala gayahidup anti-sosial ‘tribalisme’nya. Sebelum itu pop yeh-yeh, hippies, blues, breakdance, brit new wave, ‘saturday night fever’; selepasnya punk, hardcore, grind, oi, rapcore, street, hiphop, ‘saturday night heroes’. Dan rock duduk di tengah-tengah; menjadi umpama tali penyambung kisah remaja nakal bergelumang menyakat rasa estetika dan lagak etika masyarakat umum; bukan apa sangat, sekadar ‘for the fun of it’.
Dekad itu, siapa yang tidak marahkan rockers? Siapa yang tidak mengecam rockers yang serupa kumpulan black metal Malaikat Maut dalam filem dengan pelbagai fitnah dan tuduhan liar? Di sebalik kesukarannya ‘bernafas dalam lumpur’ keperdanaan dan kelaziman sosial, rock berkembang menjadi sebuah dunia ‘pop culture’ yang besar, gagah. Bukan hanya dari segi industri dan fesyen. Tetapi juga kesan pengaruhnya ke atas jiwaraga anak-anak muda yang mengamuk mahu keluar dari kepompong politik budaya tradisi, yang bercita-cita menggendong gitar karan/kapok dari kampung ke ibukota, cari rezeki dan cari cinta. Kini, artis rock yang ‘otai-otai’ sudah punyai nama besar, setengah jadi ikon dan idola, jadi contoh masyarakat, jadi dewa dan diva. Rock telah melalui zaman ‘fitnah besar’ yang menyaksikan pertelagahan generasi dan pertembungan nilai yang hampir membantut evolusinya. Sebelum Mayhem, bapak black metal Norway, diharamkan menginjak kaki ke Malaysia di 2006 nanti, Scorpion sudahpun menerima larangan itu di pertengahan 80an (ironinya Kreator dan Napalm Death mudah mendapat ‘permit’ tidak berapa lama dulu – semestinya selepas genre rock dianggap tidak lagi sesat, bahaya, subversif). Rock telah pun melangkaui era marginal dan pernah lama terjelepuk di pinggir mekanisme sosial. Rock telah pun pernah (dan masih) diterima di arena ‘mainstream’ yang punyai harga komersial waimma harga intelektual; hinggakan imej dan gayahidup keras-liar-bebas rock dulu-dulu seakan tiada makna besar lagi dalam kancah wacana ideologi budaya muda-jalanan-subkultural. Tempatnya kini diganti pula oleh punk dan black metal. Ini zaman fitnah besar kepada ‘pejuang-pejuang’ kedua-dua genre tersebut.
Meskipun sekadar garapan fiksyen wayang perihal Rimba Bara dan Zack dari Trong, Taiping, sekumpulan budak kampung yang ingin jadi ‘superstar’ sehebat Search dan Lefthanded, ia menyeret kenangan pada segala kerenah, sukaduka, gelaktawa, segala pekiklolong orang tua, orang politik, orang agama, penjaga budaya. Ia menarik akal kita menyusuri semula zaman sekolah, zaman lepas spm, zaman mengaji di universiti, zaman ‘menanam anggur’, zaman mamat-minah karan, zaman keremajaan hidup dibudayakan mengikut naluri sendiri walau disumpahseranah dan dimakihamun kerana kebaratannya, keterukannya. Kepada rockers yang sudah ‘tua’, sudah ‘insaf’ dan kebanyakan dari mereka sudah pun bertahun ‘potong nama, tutup buku’ sebagaimana Zack, Rock melampirkan persoalan semula: wajarkah segenap kritikan dulu yang dilontar seolah-olah rock dan rockers tidak punyai ‘masa depan’ cemerlang, gemilang, terbilang? i>Rock mengingatkan kita bahawa zaman budaya pop seperti jua zaman rock, semata-mata merupakan masa emas buat anak-anak remaja mencuba membina hidup dengan segenap ruang-ruang keramaiannya.
Dan kita ingat kembali bagaimana kita tidak perlu pening-pening mahu ambil peduli sangat tentang semua itu: gondrong, rampa, kutu, lepak, rayau, dam, dunhill, awek, balak, rempat. Kerana itulah ‘zeitgeist’ zaman, semangat yang ketika itu memantulkan kehendak keremajaan. Bukan sebab ‘murtad’ pada warisan atau ‘mungkar’ pada ajaran atau ‘derhaka’ pada nenekmoyang; cuma ia berkebetulan serasi dengan rasa keremajaan. Remajalah saat anak-anak muda mencuba hidup; dan hidup mereka sekitar tahun 80an dipertaruhkan pada rock dan segenap lapisan maknanya. Pada usia 15 tahun hingga awal 20an, anak-anak remaja ingin nampak ‘cool’, timbul nafsu ‘exhibitionism’ diri, mahu dikenali, jadi popular, mahu ‘tackle’ awek/balak, mahu cari glamor macam artis-artis yang terpapar di URTV dan masuk Muzik-muzik di TV3. Mengambil sikap ‘nihilistik’, mana ada masa untuk difikirkan masalah rumahtangga, masalah kewangan keluarga, masalah warisan budaya lama, masalah politik negara? Rock adalah pernyataan emosi-libido dunia remaja, dunia keseronokan sebelum dibelenggu serba-serbi kekalutan dunia dewasa, dunia kematangan.
Rock mengimbau cinta dan cita-cita rapuh yang diukir di dada remaja yang malangnya hilang dan terhakis sesudah usia makin menua dan tanggungjawab makin membeban. Seperti Zack yang sudah dewasa dan berwatak ‘skima’, jauh di sudut hati kecil, mungkin kadang kala disesali nasib kini yang menimpa dengan seluruh kemualan dan kerutinannya. Bukan sekadar jadi ‘gitar hero’ seperti Zack yang ingin mencapai tahap idolistik Man Kidal dan Hillary Ang, atau menjuarai ‘battle of the bands’ seperti harapan Jijo. Tetapi semangat untuk memenuhi misi dan wawasan yang digarap di dangau desa, wakaf tepi sungai atau di kakilima kompleks belibelah. Jadi Osman Tikus? Pyan Habib? Akhil Rawa? Korporat? Teknokrat? Artis rakaman? Semestinya bukan ‘jerangkung dalam almari’ yang terlanjur menyusup ke ‘syurga di hujung jarum’!
Jadinya sampai akhir hayat, dalam diri kita terus bergejolak inti ‘pop culture’ yang sesungguhnya menyimpan pertembungan hasrat sebenar kita mahu hidup. ‘Suci dalam debu’. Antara minat dan rezeki, antara kebebasan dan kekeluargaan, antara awek/balak dan isteri/suami, antara gila-gila remaja dan serius orang dewasa, antara rayau merayapi kakilima-studio-funfair-stesyen dan sasau mengecop rutin ofis-kilang-rumah – kubur!.
Kisah budaya pop dan cerita ‘bawahtanah’ kelompok muzikal anak-anak muda tidak banyak diangkat ke dalam wayang Melayu secara serius dan kritikal. Ia sebuah genre yang tidak klise macam drama-drama trajik, purbawara, komedi, cinta remaja. Yang adapun setakat menggunakan budaya, imej dan ikon pop sebagai semata-mata elemen pelaris. ‘Azura’ ada Jamal Abdillah, ‘Fenomena’ dan ‘Isabella’ ada Amy dan Search, ‘Sembilu’ ada Awie Wings. Antara beberapa kerat yang betul-betul mendalami, kalau pun belum sampai ke tahap menjiwai, budaya pop/sub hanyalah tiga setakat ini: ‘Kembara Seniman Jalanan’ (1986), ‘Gedebe’ (2002), ‘Rock’ (2005). Ketika estetika rock riuh melanda batang tubuh dan akal anak-anak muda di pertengahan 80an, Nasir Jani (bapa pemodenan wayang Melayu, umum Loloq dalam Rock) merakamkan suasana itu dalam ‘KSJ’. Ia sebuah filem kult yang tersirat sindiran dan kecaman sosiopolitik yang merekod pencarian makna hidup oleh seniman-seniman jalanan kota Kuala Lumpur. Pada tahun 2002, Namron menghasilkan ejekan politik yang keras dari kacamata ‘scene riot’ punk dan skinhead melalui ‘Gedebe’. Di antara ketiga-tiganya, dirasakan Rock Mamat Khalid lebih menjiwai ‘zeitgeist’ zamannya.
Walaupun animasi burung belatuk bertarung skil dengan Zack memunculkan suasana sinematik yang surreal habis dan sewajarnya diedit buang, walaupun seafdalnya diselitkan sebijik-dua lagu-lagu dendangan May (mengenangkan filem ini mengisari ‘rock scene’ di Perak dan May adalah antara idola rockers Perak), walaupun apa walaupun… tetap, wa caya sama lu… Rock!!!
~ ~ ~

Zabarjad - Karam dan Sufi - Damasutra

Zabarjad - Karam

Sufi - Damasutra

iklan