.


Monday, June 21, 2010

Penyair Cinta - Kumpulan Gamma

Ustaz Radhi - Kumpulan Melissa

Ini kisah ustaz Radzi Melissa yang dulu pernah menjadi vokalis kumpulan Melissa. Wa pasti ramai yang meminati dia dari awal 90an hingga kini. Nama sebenarnya Mohd Radzi Bin Abdul Hamid. Berasal dari Kedah, dilahirkan kembar, ustaz Radzi dibesarkan dengan latar belakang pendidikan agama yang kuat. Ayahnya juga merupakan seorang ustaz.

Pada usia mudanya, ustaz Radzi merupakan seorang yang amat berdikari. Dia pernah bekerja sebagai tukang basuh pinggan dan menjadi buruh kontrak membuat rumah. Wa tabik sama dia, walaupun anak bongsu, dia tak macam sesetengah muda-mudi lain yang mengharapkan mak bapak.Setelah berhijrah ke KL, ustaz Radzi pernah bekerja di kilang karpet dan pernah menjadi konduktor bas. Namanya mula terkenal ketika band Steeler yang dianggotainya menang tempat ketiga dalam pertandingan kumpulan Rock pada 1988. Selepas itu nama Steeler ditukar kepada Melissa.Lagu "Cinta Untuk Nabila" dan "Kesan Cinta" dari album pendirian melonjakkan nama kumpulan Melissa ketika itu. Gaya rock sejati... berambut panjang... lagu-lagu plak best2... wa rasa mesti ramai anak2 dara di kampung zaman tu minat gile kat Melissa sampai tiap2 bulan tak miss beli majalah URTV untuk lihat perkembangan dan gambar2 diaorang.Album kedua Melissa berjudul "Kami Mat Rock".
Walaupun kumpulan Melissa semakin terkenal ketika itu, namun minat ustaz Radzi pada dunia hiburan semakin berkurang. Akhirnya dia membuat keputusan balik ke kampung dan berkahwin. Tamatlah perjuangannya sebagai seorang Rockers.

Sekarang, ustaz Radzi menjadi penceramah bebas dan selalu dijemput memberi ceramah agama hampir setiap hari. Allah telah melimpahkan rahmatNya yang tak terhingga dan menjadikan kehidupan ustaz Radzi semakin baik. Alhamdulillah...

iklan