.


Saturday, November 24, 2018

Luluh – Khai Bahar

Lirik Lagu Luluh – Khai Bahar



Sudah puas aku menangis lagi
Kau hadirkan mendung awan yang kelam
Namun ku kan tetap bisa bertahan
Secebis kasih yang telah kau beri
Kan ku simpan dalam memori indah
Tapi semuanya telah berakhir
Aku tersungkur menunduk meraung
Dan tiada siapa bisa merasakan
Oh sakitnya hati ini
Jika kau tak mampu memberiku senyum
Usah kau hadirkan dengan kedukaan
Oh biarlah hidupku dengan caraku
Secebis kasih yang telah kau beri
Kan ku simpan dalam memori indah
Tapi semuanya telah berakhir
Aku tersungkur menunduk meraung
Dan tiada siapa bisa merasakan
Oh sakitnya hati ini
Jika kau tak mampu memberiku senyum
Usah kau hadirkan dengan kedukaan
Oh biarlah hidupku dengan caraku
Sedia menghadapi yang akan tiba
Takkan berundur walau seketika
Aku terus berjalan mencari sinar baru

Wednesday, November 21, 2018

Aku Serius – Wany Hasrita & Tajul

Lirik Lagu Aku Serius – Wany Hasrita & Tajul


Sampaikan salam ku
Pada papa mama mu
Bilang saja
Bakal menantu dah ada menunggu
Khabarkan berapa saja hantaran
Benarkah oh sayang
Yang kau katakan sayang
Langsung tidak lucu
Kalau kau hanya gurau-gurau
Gurau kali ini dah melampau
Percayalah sayang
Aku serius
Bukan gurau sayang
Malah serius
Ku harap kau sayang
Kau benar serius

Saturday, November 17, 2018

Mahligai Syahdu – Hattan



Kita bertemu kali ini untuk apa
Adakah hanya menambahkan lagi sengsara
Luka yang lama belum dapat aku sembuh
Masih berdarah mengeruhkan warna hidupku

Namun jika kau datang ini
Untuk mengilapkan cermin kasih
Pastiku sambutmu dengan mesra
Mungkin jua akukan terlupa
Peristiwa pahit mencengkam jiwa
Tak ingin aku ke sana


Bersama kasih kita leburkan rantai
Yang membebankan hidup kita selama ini
Katakanlah rindumu
Aku sentiasa menunggu
Di pintu gerbang mahligai syahdu



Friday, November 16, 2018

Misteri Mimpi Syakilla - Wings

Lirik Misteri Mimpi Syakilla - Wings 



Di manakah menghilang
Diri ku sendiri
Hanyut dalam bayangan

Sebuah misteri 

Harum tiada wajah
Mengelilingi aku
Dalam suasana
Yang terharu

Lukisan impian ku
Gambaran di mana
Cuaca yang begini
Apakah mahunya 

Aku adalah aku
Nyanyi lagu yang rindu
Lemah langkah ku mengejar mu

Bila pun engkau menjelma
Disini aku berdiri
Ku menanti
Walau hilang cerita mu
Di hati tetap abadi
Sentuhan mu 

Mana Syakilla
Siapa Syakilla
Aku pun tak tahu
Oh Oh..
Syakilla...

( Lagu : JS Kevin - Lirik : JS Kevin )


Wednesday, November 14, 2018

Lirik Lagu Khilaf - Kumpulan Okid

Khilaf - Okid

Bergelora lautan cinta
Karam bahtera kerana diduga
Darah muda cepat membakar jiwa
Hilanglah kasih putus saudara
Rindu dendam tidak terkira
Lautan bara ku selam jua
Kerana kau cintaku yang pertama
Sanggup ku hidup dalam penjara
Kini aku dibelenggu sepi
Tidur dan mimpi diranjang sepi
Mengunyah peristiwa menelan duka
Menghirup kenyataan penuh siksa
Hancur perasaanku tidak tertahan
Setelah ku sedari kesilapan
Cukuplah dengan ampun dan maaf
Cukuplah dengan rasa berdosa
Untuk merasa cinta semula
Untuk kembali kepangkuannya
Hanyalah kepadamu tuhan
Ku serah segala harapan
Tak sanggup aku bersendirian
Terimalah ku sebagai teman
Hanya engkau kasih sejati
Dengan taubat bisa engkau ampuni
Biar hina ku dimata dunia
Asalkan aku engkau terima
Kini aku dibelenggu sepi
Tidur dan

Sunday, November 11, 2018

Dari Sinar Mata - BPR

Lirik Dari Sinar Mata - BPR



Keunggulan cinta dari sinar mata
Yang bergelora
Hati ditaman berbunga
Satu impian satu harapan
Sudah pasti ada sebaliknya
Satu rahsia


Engkau di mataku adalah cahaya
Perjalanan ku
Terang menyuluh segala
Yang tersembunyi
Lama kucari
Sudah pasti ada jawapannya
Kemungkinan itu

Datang hampir senja sedang aku
Merangkak dan kehausan cinta itu
Kau hulur tangan mu
Membawa ku ke atas semula
Berdoalah aku kesyukuran
Tercantum cinta jadi satu
Biar ku tebus segalanya
Agar di teman cinta yang suci itu

Saturday, November 10, 2018

Saleem (Iklim)

A. M. Salim Abdul Majeed atau Saleem (Iklim) ialah seorang penyanyi Malaysia yang berasal dari Terengganu. Pada asalnya adalah merupakan seorang penyanyi sensasi Iklim yang terkenal dalam dekad 90-an. Beliau merupakan bekas anak didik penggubah terkenal, Wan Zul. Lagu nyanyian beliau ciptaan Wan Zul dan M. Nasir telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang artis tanahair yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings. Pada awal dan pertengahan dekad 90an, Saleem dan IKLIM telah berjaya menempa nama di luar negeri seperti Republik Indonesia, Singapura, Brunei, selatan
Thailand, dan Kepulauan Cocos di Australia.


Biodata
Saleem telah dilahirkan pada 31 Ogos 1961 di Permaisuri, Setiu, Terengganu. Berdarah kacukan India Muslim dan Melayu sebelah ibu. Sebelum menceburkan diri ke dalam bidang nyanyian, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang nelayan yang berjaya.

Walaubagaimanapun cita-cita tersebut tidak tercapai. Sebaliknya, beliau meneruskan hidup dengan menjadi penolong tukang masak di institusi pengajian tinggi di Terengganu (ITM Dungun) iaitu salah satu cabang dalam bidang "kantin dan penyelenggaraan makanan" atau catering sebelum beliau mencipta nama sebagai seorang penyanyi.

Dengan berbekalkan bakat dan kebolehan yang ada pada dirinya, pada tahun 1988, Saleem telah melantik beberapa orang rakan dan anak muda kampungnya bagi menubuhkan sebuah kumpulan nyanyian yang berkonsepkan rock di mana beliau sendiri sebagai penyanyi utama. Terdapat beberapa orang kenalan Saleem menyatakan bahawa (boleh diragui akan kesahihannya) penubuhan kumpulan tersebut adalah disebabkan cuaca bagi menangkap ikan di laut tidak mengizinkan pada waktu itu. Pemuzik-pemuzik asal kumpulan Iklim adalah daripada gabungan pemuzik-pemuzik mantap dari kumpulan yang pada asalnya dikenali sebagai "The Kids" di arena muzik di Terengganu pada waktu itu.

Untuk pengetahuan semua, nama Kumpulan Iklim adalah sempena keadaan iklim dan cuaca yang tidak menentu di pantai timur yang kerap dilanda ribut dan hujan lebat. Pada awal tahun 1989 iaitu sebelum mencipta nama, kumpulan IKLIM ini kerap mengadakan pertunjukan di kelab sosial/kelab malam dan juga beberapa undangan eksklusif serta majlis kenduri kahwin di sekitar negeri Terengganu.

Pada tahun 1990, SCS Record (Suara Cipta Sempurna) yang kini dikenali sebagai Rock Record of Malaysia telah memberi kepercayaan kepada kumpulan Iklim untuk membuat rakaman album mereka yang pertama. Album tersebut berjudul: Satu Kesan Abadi. Lagu-lagu top hits yang menjadi siulan anak muda daripada album tersebut adalah: Suci dalam Debu, Hakikat sebuah Cinta dan Satu Kesan Abadi. Lagu Suci Dalam Debu dendangan IKLIM telah berjaya mengalahkan sebuah lagu dendangan Sheqal (Zapin Rindu-rinduan) yang agak lama mendominasi carta muzik tanahair dengan irama balada nusantaranya pada waktu itu.

Setelah album Satu Kesan Abadi mendapat sambutan hangat di Malaysia, Indonesia dan Singapura, Saleem dan anggota kumpulan Iklim telah ditawarkan untuk menjayakan sebuah filem yang berjudul "Suci dalam Debu" yang dibintangi oleh Julia Rais dan Sidi Oraza. Walau bagaimanapun watak Saleem dan anggota kumpulan IKLIM dalam filem itu kurang menonjol dan boleh dipertikaikan walaupun suara beliau sering berkumandang di awal dan akhir filem tersebut. Setelah itu, Populariti Saleem dan IKLIM terus melonjak naik dan banyak antara lagu-lagunya telah menjadi top hits dan diminati ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ada antara lagu-lagunya yang menjadi tema/montaj drama swasta terbitan RTM dan TV3.

Tidak kurang juga ada yang menjadi lagu tema filem. Bahkan juga lagu-lagunya sering diputarkan di pasar-pasar raya bagi memeriahkan dan menceriakan suasana membeli-belah.

Antara lagu-lagu Saleem/IKLIM yang menjadi pujaan ramai kerana kehebatannya di sekitar 1990-an hingga sekarang adalah seperti berikut: Suci Dalam Debu Satu Kesan Abadi Hakikat Sebuah Cinta Sandiwara Cinta Semusim Ammarah Bulan Jatuh ke Riba Gerhana Cinta Luka Abadi Selamat Tinggal Penderitaan Elusan Cinta Sayembara Menjejak Bayang Bayang ( duet bersama Wann ) Budi Mimpi Yang Pulang Blues Terengganu Kita Mahligai Seribu Mimpi Mantera Anak Seni Aduhai! Seribu Kali Sayang Rumah Kecil Buluh Semambu Aku Pasti Kembali Orang Rentak Berdua ( duet Saleem & Ayati Tasrip ) ( LAGU TRADISIONAL ) Bukan Aku Tak Cinta Dunia Patah Ranting Di Cermin Usia Lambaian Aidilfitri ( duet Saleem & Jamal ) Namun Ku Punya Hati ( Lagu Saduran ) Datang Dan Pergi ( Tribute To RAMLI SARIP ) Taman Rohani ( duet Saleem & Arab feat Hillary Ang ) Pesona ( Saleem feat Hillary Ang ) Sheilla What Can I Say Di Pintu Mahligai Sebenarnya Kata Pujangga Dialah Segalanya Si Karut Marut Bukan Niatku Kasih Syurgawi Retak Seribu Hey Maria Bukan Ku Tak Sudi Cinta Yang Aku Punya Karam Di Lautan Duka Mungkin Tak Pasti Puteri 96 Sambutlah Tanganku Maaf Juwita Lara Isabella 98 ( duet Saleem, Jamal, Amy & Zamani ) Dari Kekasih Kepada Kekasih Rajuk Fantasia Bulan Madu ( duet Saleem & Poppy Mercury ) Mahligai Syahdu Ratib Orang Pinggiran Airmata Kasih Ratu Sanubari Merisik Khabar Antara Rintih Dan Tangisan Bunga Emas Senandung Semalam Insan Seni Semut Debu Debu Rindu Hutang Antara Hujan Dan Airmata Dendangan Kalbu Kau Anugerahku Sesat Di Kuala Lumpur ( duet Saleem & Amy Search ) Alam Cinta Sepi Sekali Gerimis Senja Suara Kekasih ( duet Saleem, David, Zamani & Ezad ) Ke Hujung Hayat sampai hati Cinta Buana Trilogik Cinta (Cinta 3 Segi) Wanitaku Kamelia Harum Kasih Bersemi ( duet Saleem & Kristal ) Kasihnya Laila ( duet Saleem & Khalifah ) Tamu Jiwa Benarkah Kerana Cinta Benci Tapi Rindu Tinggal Kenangan Karma Cinta Cinta Kita Berbeza

Pada tahun 1994, Saleem telah digam daripada muncul di kaca TV untuk membuat persembahan dalam rancangan berprestij iaitu pertandingan akhir Muzik Muzik TV3. Larangan tersebut adalah arahan daripada pihak kerajaan kerana keterlibatan Saleem dengan masalah dadah. Lagu IKLIM yang masuk ke dalam carta akhir pertandingan Muzik-Muzik 94 itu adalah Bukan Aku Tak Cinta. Sebagai gantinya, seorang penyanyi wanita, Adilla diberi kepercayaan untuk menyampaikan lagu itu ke pertandingan.

Malang sekali ia tidak membawa sebarang kejayaan. Kontroversi timbul apabila secara terbuka, Saleem mengkritik penampilan Adilla yang sewenang-wenangnya menukar rentak lagu tersebut daripada sentimental Balada kepada irama keroncong. Dalam sesi temuramah dengan siaran televisyen, Saleem telah beberapa kali mengeluarkan perkataan "Macam mana boleh jadi macam ni?" dengan nada sinis berbaur tidak puas hati sambil diapit oleh ahli-ahli kumpulan IKLIM yang lain persis lagak sebagai seorang gangster berjaket kulit dengan berkaca mata hitam. Pada tahun berikutnya lagu-lagu IKLIM terus mendapat sambutan hangat daripada peminatnya. Di Pintu Mahligai adalah merupakan lagu yang paling top pada tahun 1995 sehingga ia sering berkumandang di corong-corong radio mahupun televisyen. 

Zaman kejatuhan IKLIM dan Saleem dipercayai terjadi pada pertengahan dekad 1990-an (1996) selepas isu kemalangan jalan raya yang melibatkan nyawa seorang anggota tentera darat Malaysia. Sejak kemalangan tersebut, kehidupan Saleem bertukar menjadi tidak menentu ditambah lagi dengan masalah penagihan dadah yang menambahkan lagi kesulitan untuk mempertahankan populariti kumpulan tersebut dan imej baik di mata masyarakat. Lama-kelamaan Saleem dan kumpulan IKLIM terpaksa berpecah. Perpecahan tersebut dipercayai akibat masalah disiplin yang menimpa diri Saleem. Penyanyi tersebut kerap membatalkan segala temu janji di saat akhir dan lewat hadir ke pertunjukan gemilang yang diundang. Akibatnya, kumpulan tersebut telah disenaraihitamkan oleh pihak penganjur kerana tidak mahu reputasi mereka terjejas yang kelak pasti menanggung kos kerugian. Bagi membolehkan IKLIM terus bernafas di persada seni tanahair, Saleem telah disingkirkan daripada IKLIM.

Tujuan penyingkiran Saleem adalah untuk mengelakkan kumpulan IKLIM daripada terus mengalami reputasi buruk, sekaligus ditegah dan diharamkan daripada membuat sebarang pertunjukan. Tetapi malangnya, penyingkiran tersebut tidak dapat mengembalikan kegemilangan IKLIM seperti pada awal 90an dulu. Menurut seorang penganalisis dan pemikir seni budaya tanahair secara sambilan, Fahrul Hakim Ayob(33), jika dilihat dari sudut akademik, Saleem tidak pernah menyalahkan sesiapa terhadap penyingkiran tersebut dan mengakui bahawa segala masalah adalah berpunca daripada diri beliau sendiri. 

Oleh yang demikian, dalam hal ini, beliau (Saleem) pasrah. Menurutnya lagi, Saleem menganggap bahawa perpecahan tersebut merupakan suatu takdir. Sudah pasti ia memberi "satu kesan abadi" ke atas diri Saleem baik dari sudut positif mahupun negatif. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Saleem berasa sungguh terkilan dengan penyingkiran tersebut. Walau bagaimanapun Saleem tetap tabah dan berfikiran positif. Beliau beranggapan bahawa "Rezeki adalah di tangan tuhan".

 Pada akhir tahun 1996, Penyanyi bersuara emas dan serak-serak basah ini telah ditangkap di Jalan Chow Kit/Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur akibat pengambilan dadah yang berlebihan. Berita tergempar yang memalukan itu telah disiarkan dalam televisyen serta terpampang di dada akhbar-akhbar tempatan. Penangkapan tersebut menyebabkan Saleem dipenjara. Justeru itu, Segala lagu Saleem dan rakaman persembahannya telah digam oleh pihak kerajaan daripada disiarkan sehingga beliau dibebaskan kelak. Kebangkitan semula Setelah dibebaskan, Saleem ingin kembali aktif menyanyi walaupun imejnya telah tercemar dan popularitinya agak menurun. Namun begitu, beliau bernasib baik kerana masih diberi kepercayaan oleh Warner Music of Malaysia untuk merakamkan sebuah album nyanyian solo yang diberi judul "Maaf/Juwita" pada tahun 1998. Terdapat beberapa lagu dalam Album Juwita dirakamkan di Indonesia. Menurut sesetengah pendapat, album Juwita telah memberi nafas baru kepada Saleem. Album itu membuktikan bahawa beliau memang berpotensi menjadi seorang penyanyi solo yang berjaya.

 Tidak dapat dinafikan bahawa album Maaf/Juwita telah membuka satu dimensi baru ke atas diri beliau. Album tersebut telah berjaya mempertahankan namanya dalam industri muzik tanahair setelah sekian lama beliau lesu dan kurang bergiat dalam bidang seni. Album Maaf/Juwita bertemakan keinsafan dan mengharapkan jutaaan kemaafan daripada peminat kerana keterlanjurannya dengan najis dadah. Konsep cover album tersebut memaparkan imej Saleem yang bermisai/berjambang sebagai seorang yang telah Insaf dan bertaqwa. Lagu Juwita adalah sebuah lagu syahdu sempena nama isteri pertamanya. Lagu tersebut dihadiahkan khas untuk isterinya, Juwita bagi mengenangkan jasa, berkat kesabaran dan jerih payah beliau dalam menangani liku-liku kehidupan bersama anak-anak yang semakin terhimpit ketika Saleem di dalam penjara. 

Pada tahun 1999, Lagu Juwita telah berjaya masuk ke pertandingan akhir Muzik Muzik terbitan TV3. Saleem secara solo mendendangkan lagu itu secara live di hadapan penonton. Tetapi nasib tidak menyebelahinya, Saleem gagal untuk memenangi sebarang anugerah di kejuaraan itu. Desas-desus mengatakan bahawa suara Saleem hampir tidak keluar dan tersekat-sekat ketika menyampaikan lagu tersebut. Setelah kejayaan album Maaf/Juwita, Saleem telah diberi kesempatan untuk merakamkan beberapa album seperti Bunga Emas bersama bekas kumpulannya, IKLIM, Ratib Orang Pinggiran serta berpeluang berduet dengan Rahmat(Ekamatra), Jamal Abdillah dan Penggubah M. Nasir. Di sini dapat diberi kesimpulan bahawa nama Saleem memang kental dan tetap megah dalam bidang seni nyanyian dan populariti beliau tidak terhakis di tengah-tengah kemunculan puluhan penyanyi muda yang mempunyai rupa, harta, bakat dan berpotensi besar seperti kumpulan KRU, Ruffedge, Kool, Slam, Innuendo, Juliana Banos, Siti Nurhaliza dan ratusan lagi bakat baru. Memang agak aneh, persaingan ini tidak sedikitpun melenyapkan namanya sebagai insan seni yang terunggul di tanahair. Malang telah menimpa sekali lagi ke atas diri Saleem. 

Kali ini pada pertengahan tahun 2004, Saleem telah ditangkap buat kali kedua kerana dadah. Kali ini beliau telah disumbat ke dalam penjara Kajang. Menurut beberapa siri wawancara dengannya, penjara Kajang telah mengajar Saleem banyak erti kehidupan. Kali ini beliau kelihatan agak serik, letih dan tua. Diharapkan penangkapan ini benar-benar menginsafkan diri Saleem sehingga ke akhir hayatnya. 

Pada bulan Ogos tahun 2006 Saleem dan Jamal Abdillah dijemput oleh RTM1 untuk ditemuramah dalam slot program Isu Semasa berkenaan dengan penglibatan dirinya dengan najis dadah. Saleem tetap terunggul dan namanya tetap utuh dalam bidang seni suara. Dengan segala potensi, bakat semulajadi dan nilai komersil yang masih ada pada dirinya, Rock Record dan Warner Music of Malaysia bersama dengan saudara Syed Azlan Syed Abu Bakar (Arab) sebagai wakil daripada syarikat tersebut telah berjumpa dengan Saleem dan memberi peluang kedua (sejak 1993) kepadanya untuk pembikinan sebuah lagi album baru. Kali ini album tersebut adalah kompilasi lagu-lagunya dahulu daripada kumpulan IKLIM.

 Judul Album beliau pada ketika itu adalah 'Saleem Raja Balada'. Album beliau kali ini tetap berjaya dan mendapat sambutan hangat daripada peminat. Anugerah platinum telah diberikan kepada album ini dengan jumlah pembelian mencapai beberapa puluhan ribu unit. Berperisa, Unik, merdu, serak-serak basah, parau dan 'agak sengau' itulah kelebihan suara Saleem yang membuatnya terus diminati oleh peminat-peminatnya.

 Album terkini beliau iaitu Epigoni (2006) telah mencatat jualan yang membanggakan dan memenangi anugerah Emas kerana penjualan telah mencecah lebih daripada 15 ribu unit sejak tiga minggu berada di pasaran. Konsep album beliau pada kali ini adalah remake lagu-lagu lama dendangan Amy-Search, Shima, Bumiputra Rocker, Allahyarham Sudirman, Wings dan lain2 lagi. Kini beliau kelihatan bahagia dengan isteri keduanya, iaitu Julia Bachok. Menurut seorang kenalan rapat daripada Astro, Saleem kini telahpun menjadi artis di bawah naungan Perbadanan Penyiaran Astro iaitu sebuah stesen TV bersatelit pertama di Malaysia yang berpengkalan di Seri Kembangan, dekat Serdang. Sejak di bawah naungan Perbadanan Penyiaran Astro, Saleem telah beberapa kali diberi peluang untuk memenuhi undangan bagi memeriahkan lagi industri muzik tanahair dengan menjadikan isteri kedua kesayangannya Julia, sebagai pengurus peribadi.

Wednesday, November 7, 2018

Lirik Lagu Sambutlah Kasih Ku - Lovehunters

Sambutlah Kasih Ku - Lovehunters





Tak pernah ku menduga
Gelora jiwa sesali dada
Aku jatuh dan aku merindu tanpa kepastian
Bagaimanakah nantinya
Aku dapat merasakan
Rasa cinta di hatiku
Hanyalah untukmu kekasihku


1
Mendung dalam sinar matamu
Kenangan duka masa lalu

Kepasrahan… 

( korus )
Tak ku hiraukan panas mentari lagi
Demi cinta kurela menanti
Takkan goyang walau badai kan melanda
Seribu tahun kutetap setia
Lupakanlah dukamu yang silam
Hulur tanganmu sambut kasihku
Mari bersama kita melangkah
Membina cinta abadi

Sumbangan brutal1942

iklan