.
Sunday, June 24, 2012
Fredo : Gurisan Terakhir (HQ Audio)
Gurisan terakhir
Untuk seorang teman
Hanya sederhana
Cukup untuk mengerti
Pada rangkap pertama ini
Harapan kupinta darimu
Pada rangkap kedua
Hanyalah setitis airmata cinta
Dan pada rangkap terakhirnya
Sebuah lagu cinta lama
Pernah kita nyanyi bersama
Waktu senjakala
Tiada aku sangka
Hanya kawan biasa
Setelah aku curah
Segala hasrat hati
Sunday, June 17, 2012
Hakikat Sebuah Cinta - Iklim
Hakikat Sebuah Cinta
Aku adalah insan yang tak punya
Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia
Pujangga menyatakan oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu ku bawa cinta di persada jiwa
Sinar menyuluh gelita
Sewaktu debar cintamu terasa melanda
Bangkit rinduku padamu di ketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan
Aku adalah insan yang tak punya
Kilauan emas permata
Lalu kucuba menaburi cinta
Bagimu tiada nilainya
Tiada harta dan cinta
Tuesday, June 12, 2012
Iklim - Satu Kesan Abadi...
Lirik - Satu Kesan Abadi Iklim
Jalan terang, Luas menanti aku
Dengan dendang, Irama hidup baru
Dibelai cintamu
Hilang dendam, Lenyap ia sendiri
Datang tenang, Makin aku hayati
Makin lapang dadaku, Ku rasa sentosa
Sendiri meminta, Dicantum padanya
Tak gelisah lara, Cerita yang punah
Biarpun meronta, Tidak menjadi ngeri
Ku yakin disana, Gelap yang tiada
Kesan satu cinta, Terpancar cahaya
jelas segalanya, Hanya sinarmu
Yang mampu, Memberi cinta itu
Dengan aman, Senyumlah sepuasnya
Jauh berbeza, Bagai yang dirasakan
Rasa yang disini
Itu satu rahsia, Hanya tersendiri
Itu satu iringan, Nyayian mimpi
Thursday, June 7, 2012
Kumpulan Iklim
Kumpulan Iklim ialah sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.
Kumpulan Iklim adalah merupakan kumpulan rock yang muncul pada akhir dekad 1980-an atau lebih spesifik lagi pada tahun 1989. Kumpulan ini sinonim dengan penyampaian lagu yang berirama rock perlahan (slow rock).
Pada tahun 1990, SCS Record (Suara Cipta Sempurna) yang kini dikenali sebagai Rock Record of Malaysia telah memberi kepercayaan kepada kumpulan Iklim untuk membuat rakaman album mereka yang pertama. Album tersebut berjudul: Satu Kesan Abadi. Lagu-lagu top hits yang menjadi siulan anak muda daripada album tersebut adalah: SUCI DALAM DEBU , Hakikat Sebuah Cinta , Satu Kesan Abadi , Sandiwara Cinta Semusim Ammarah Bujang Kota & Seribu Penghargaan . Namun lagu SUCI DALAM DEBU begitu GAH ketika itu sehinggakan populariti kumpulan IKLIM naik mendadak secara tiba - tiba,melalui single SUCI DALAM DEBU juga IKLIM telah di nobatkan beberapa anugerah menerusi Industri MUZIK MALAYSIa & INDONESIA pada sekitar tahun 1990 , 1991 & 1992 , Antara anugerah yang diperolehi ialah ANUGERAH SRI ANGKASA RTM 1990 - IKLIM / ANUGERAH BINTANG POPULAR 1990 - IKLIM / JUARA LAGU 1990 Suci Dalam Debu memenanggi Juara Lagu Tempat 2 , Lirik Terbaik , Persembahan Terbaik Tempat 3 / PUJAAN 10 RADIO SATU RTM / NESCAFE 1990 - Lagu , Suci Dalam Debu 10 Minggu Berada Di Tangga Pertama Dalam Carta Radio Pujaan 10 Nescafe Lagu Suci Dalam Debu telah berjaya mengalahkan sebuah lagu dendangan Sheqal (Zapin Rindu-rinduan) yang agak lama mendominasi carta muzik tanahair dengan irama balada nusantaranya pada waktu itu , Suci Dalam Debu juga telah memecah rekod Jay Jay & CAFERE menerusi Single mereka Rindu Bayangan yang paling lama pernah bertahan di tangga Pertama selama 6 minggu di carta Radio Pujaan 10 Nescafe . Pada tahun 1991 Fenomena IKLIM bersama Suci Dalam Debu Dianuggerahkan pula menerusi ANUGERAH TRIPLE PLATINUM 1991 Di MALAYSIA - Album Satu Kesan Abadi Jualan 250,000 Unit , IKLIM juga telah ditawarkan untuk menjayakan sebuah filem yang berjudul "Suci Dalam Debu" di bawah arahan ZULKIFLI M.OSMAN Pada 1991 yang dibintangi oleh Julia Rais , Sidi Oraza , Imuda , Khairil Anwar & pelakon pelakon Veteran Iaitu Aziz Sattar , Aziz Singah , Mak Mah & Affida Es. Walau bagaimanapun watak Saleem dan anggota kumpulan IKLIM dalam filem ini kurang menonjol dan boleh di pertikaikan walaupun suara beliau sering berkumandang di awal hingga akhir filem Suci Dalam Debu . Fenomena SUCI DALAM DEBU terus berlarutan hingga tahun berikutnya iaitu pada tahun 1992 Iklim dinobatkan menerusi dua anugerah dari INDONESIA iaitu ANUGERAH HDX AWARDS INDONESIAN MUSIC INDUSTRY menerusi Suci Dalam Debu - Lagu Terbaik 1992 & Album Suci Dalam Debu menerusi Jualan Terbaik pada 1992 iaitu 1 Juta Unit
Setelah itu, Populariti Saleem dan IKLIM terus melonjak naik dan banyak antara lagu-lagunya telah menjadi top hits dan diminati ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ada antara lagu-lagunya yang menjadi tema/montaj drama swasta terbitan RTM dan TV3. Tidak kurang juga ada yang menjadi lagu tema filem. Bahkan juga lagu-lagunya sering diputarkan di pasar-pasar raya bagi memeriahkan dan menceriakan suasana membeli-belah. Antara lagu-lagu Saleem/IKLIM yang menjadi pujaan ramai kerana kehebatannya di sekitar 90an hingga sekarang adalah seperti berikut:
artis tanahair yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings. Pada awal dan pertengahan dekad 90an, Saleem dan IKLIM telah berjaya menempa nama di luar negeri seperti Republik Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, dan Gugusan Kepulauan Melayu Cocos, Australia.
1988 - 1990
6. Salam Perpisahan - IKLIM ( 1996 )
-Hits Songs-
Kumpulan Iklim adalah merupakan kumpulan rock yang muncul pada akhir dekad 1980-an atau lebih spesifik lagi pada tahun 1989. Kumpulan ini sinonim dengan penyampaian lagu yang berirama rock perlahan (slow rock).
Sejarah
Kumpulan Iklim bermula apabila penyanyinya A. M. Salim Abdul Majeed atau Saleem-IKLIM, pada tahun 1988, telah melantik beberapa orang rakan dan anak muda kampungnya bagi menubuhkan sebuah kumpulan nyanyian yang berkonsepkan rock di mana beliau sendiri sebagai penyanyi utama. Terdapat beberapa orang kenalan Saleem menyatakan bahawa ( boleh diragui akan kesahihannya ) penubuhan kumpulan tersebut adalah disebabkan cuaca bagi menangkap ikan di laut tidak mengizinkan pada waktu itu. Nama Kumpulan Iklim adalah sempena keadaan iklim dan cuaca yang tidak menentu di pantai timur yang kerap dilanda ribut dan hujan lebat. Pada awal tahun 1989 iaitu sebelum mencipta nama, kumpulan IKLIM ini kerap mengadakan pertunjukan di kelab sosial / kelab malam dan juga beberapa undangan ekslusif serta majlis kenduri kahwin di sekitar negeri Terengganu.Pada tahun 1990, SCS Record (Suara Cipta Sempurna) yang kini dikenali sebagai Rock Record of Malaysia telah memberi kepercayaan kepada kumpulan Iklim untuk membuat rakaman album mereka yang pertama. Album tersebut berjudul: Satu Kesan Abadi. Lagu-lagu top hits yang menjadi siulan anak muda daripada album tersebut adalah: SUCI DALAM DEBU , Hakikat Sebuah Cinta , Satu Kesan Abadi , Sandiwara Cinta Semusim Ammarah Bujang Kota & Seribu Penghargaan . Namun lagu SUCI DALAM DEBU begitu GAH ketika itu sehinggakan populariti kumpulan IKLIM naik mendadak secara tiba - tiba,melalui single SUCI DALAM DEBU juga IKLIM telah di nobatkan beberapa anugerah menerusi Industri MUZIK MALAYSIa & INDONESIA pada sekitar tahun 1990 , 1991 & 1992 , Antara anugerah yang diperolehi ialah ANUGERAH SRI ANGKASA RTM 1990 - IKLIM / ANUGERAH BINTANG POPULAR 1990 - IKLIM / JUARA LAGU 1990 Suci Dalam Debu memenanggi Juara Lagu Tempat 2 , Lirik Terbaik , Persembahan Terbaik Tempat 3 / PUJAAN 10 RADIO SATU RTM / NESCAFE 1990 - Lagu , Suci Dalam Debu 10 Minggu Berada Di Tangga Pertama Dalam Carta Radio Pujaan 10 Nescafe Lagu Suci Dalam Debu telah berjaya mengalahkan sebuah lagu dendangan Sheqal (Zapin Rindu-rinduan) yang agak lama mendominasi carta muzik tanahair dengan irama balada nusantaranya pada waktu itu , Suci Dalam Debu juga telah memecah rekod Jay Jay & CAFERE menerusi Single mereka Rindu Bayangan yang paling lama pernah bertahan di tangga Pertama selama 6 minggu di carta Radio Pujaan 10 Nescafe . Pada tahun 1991 Fenomena IKLIM bersama Suci Dalam Debu Dianuggerahkan pula menerusi ANUGERAH TRIPLE PLATINUM 1991 Di MALAYSIA - Album Satu Kesan Abadi Jualan 250,000 Unit , IKLIM juga telah ditawarkan untuk menjayakan sebuah filem yang berjudul "Suci Dalam Debu" di bawah arahan ZULKIFLI M.OSMAN Pada 1991 yang dibintangi oleh Julia Rais , Sidi Oraza , Imuda , Khairil Anwar & pelakon pelakon Veteran Iaitu Aziz Sattar , Aziz Singah , Mak Mah & Affida Es. Walau bagaimanapun watak Saleem dan anggota kumpulan IKLIM dalam filem ini kurang menonjol dan boleh di pertikaikan walaupun suara beliau sering berkumandang di awal hingga akhir filem Suci Dalam Debu . Fenomena SUCI DALAM DEBU terus berlarutan hingga tahun berikutnya iaitu pada tahun 1992 Iklim dinobatkan menerusi dua anugerah dari INDONESIA iaitu ANUGERAH HDX AWARDS INDONESIAN MUSIC INDUSTRY menerusi Suci Dalam Debu - Lagu Terbaik 1992 & Album Suci Dalam Debu menerusi Jualan Terbaik pada 1992 iaitu 1 Juta Unit
Setelah itu, Populariti Saleem dan IKLIM terus melonjak naik dan banyak antara lagu-lagunya telah menjadi top hits dan diminati ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ada antara lagu-lagunya yang menjadi tema/montaj drama swasta terbitan RTM dan TV3. Tidak kurang juga ada yang menjadi lagu tema filem. Bahkan juga lagu-lagunya sering diputarkan di pasar-pasar raya bagi memeriahkan dan menceriakan suasana membeli-belah. Antara lagu-lagu Saleem/IKLIM yang menjadi pujaan ramai kerana kehebatannya di sekitar 90an hingga sekarang adalah seperti berikut:
artis tanahair yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings. Pada awal dan pertengahan dekad 90an, Saleem dan IKLIM telah berjaya menempa nama di luar negeri seperti Republik Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, dan Gugusan Kepulauan Melayu Cocos, Australia.
Ahli-ahli
Pada asal penubuhannya , Kumpulan IKLIM dianggotai oleh lima orang anak muda yang berasal dari Terengganu, Mereka terdiri daripada A.M Saleem Abdul Majid, Umarul Mahdzar, Mohd Salim, Kamaruddin & Fadhil Suhaimi. Namun perpecahan berlaku apabila pemain gitar kedua, Fadhil Suhaimi keluar daripada kumpulan Iklim semasa proses rakaman album pertama sedang berlangsung. Tempat beliau telah digantikan oleh pemain papan nada, Huzali Ali memandangkan instrumen papan nada banyak digunakan dalam album pertama Iklim - Satu Kesan Abadi (1990). Berikut adalah senarai ahli anggota IKLIM dari 1988 - 2010:- A.M Saleem Abdul Majid (Saleem)- Vokalis
- Umarul Mahdzar (Umarul)- gitar elektrik & akustik
- Mohd Salim (Mohalim)- gitar bes
- Fadhil Suhaimi (Fadhil)- gitar kedua
- Kamaruddin (Kama)- dram
- A.M Saleem Abdul Majid (Saleem)- Vokalis
- Umarul Mahdzar (Umarul)- gitar elektrik & akustik
- Mohd Salim (Mohalim)- Gitar bes
- Kamaruddin (Kama)- dram
- Huzali Ali (Huzali)- papan nada
- Saleem - Vokal
- Mohalim - Gitar bes
- Kama - Dram
- Huzali - Papan nada
- Kama - Dram
- Huzali - Papan nada
- Azmani - Vokalis undangan
- Saleem- Vokalis
- Mohalim- Gitar bes
- Kama- Dram
- Huzali- Papan nada
- Mohalim- Gitar bes
- Kama- Dram
- Huzali- Papan nada
- Khir- Vokal
- Ghani- Gitar
- Saleem - Vokal
- Umarul - Gitar utama
- Mohalim - Gitar bes
- Kama - Dram
- Huzali - Papan nada
- Umarul - Gitar utama
- Mohalim - Gitar bes
- Kama - Dram
- Huzali - Papan nada
- Ghani - Gitar kedua
- Vokalis undangan -
- Faizal (AF)
- Aris Ariwatan
- J. Yanzent
- Mus (May)
- Joey (BPR)
- Umarul - gitar
- Mohalim - bass
- Kama - dram
- Huzali - papan nada
Album studio
- Satu Kesan Abadi - IKLIM ( 1990 )
- Suci Dalam Debu ( Wan Zul / S.Amin Shahab )
- Hakikat Sebuah Cinta ( Azam Zur'Ain )
- Satu Kesan Abadi ( Nasha Kevin / Fawzy Amin )
- Sandiwara Cinta Semusim ( Syed Amran / Wan Zul )
- Ammarah ( Mohalim / Usop )
- Seribu Penghargaan ( Umarul )
- Bujang Kota ( Mohalim / Siso )
- 2. Bulan Jatuh Ke Riba - IKLIM ( 1991 )
- Gerhana Cinta Luka ( Umarul )
- Selamat Tinggal Penderitaan ( Wan Zul / S.Amin Shahab )
- Bulan Jatuh Ke Riba ( Nur Ehsan / Zur Ain )
- Sayembara ( Mohalim,Kama / Gebeng )
- Elusan Cinta ( Syed Amran / Nur Ehsan )
- 3. Budi - IKLIM ( 1992 )
- Mimpi Yang Pulang ( Syarum Saidin / Adinda Amiro )
- Blues Terangganu Kita ( Umarul,Mat Adorina / Mat Adorina,Iklim )
- Budi ( Wan Zul )
- Mahligai Seribu Mimpi ( Syed Amran / Azida N.S )
- Biografi Yang Luka ( Wan Zul / Dr Wan Zawawi )
- Mantera Anak Seni ( Wan Zul / Dr Wan Zawawi )
- 4. Iklim - IKLIM ( 1994 )
- Di Pintu Mahligai ( IKLIM / S.Amin Shahab )
- Sebenarnya Kata Pujangga ( Azam / Dungun / Aris Ariwatan )
- Dialah Segalanya ( Anuar Dahlan / S.Amin Shahab )
- Si Karut Marut ( Mohalim / Arab )
- Suara Iklim ( J.S Kevin )
- Hukum Alam ( Shamsuddin Sidek / Rosli Ali )
- 5. Bukan Niatku - IKLIM ( 1995 )
- Bukan Niatku ( IKLIM / Adinda Amiro )
- Kasih Syurgawi ( Awang B.P.R / Azam Dungun )
- Hey Maria ( Mohalim / Siso )
- Cinta & Khalimah ( Bong / Azam Dungun )
6. Salam Perpisahan - IKLIM ( 1996 )
-Hits Songs-
- Karam..Di Laut Duka ( Shamsuddin Sidek / Rosli Ali )
- Mungkin Tak Pasti ( Dadang S.Manaf / Lukhman.S
- Malang Nasibmu ( Kamal Halim / Bob )
- 7. Pergimu Satu Tanda - Iklim ( 1998 )
- Pergimu Satu Tanda ( Khir Rahman )
- Zapin Terbilang ( Mohalim )
- 8. Bunga Emas - Iklim ( 2003 )
- Bunga Emas ( Eddie Hamid / Romali A.S )
- Debu - Debu Rindu ( Mat Pintu A.K,A Umarul )
- Insan Seni ( Azam Dungun )
- Hutang ( Kama / Liman Irfan )
- Semut ( Mohalim / Siso )
- 9. Nuansa - IKLIM & Frenz ( 2007 )
- - ( Rakaman Semula )
- Madley (Hakikat Sebuah Cinta, Satu Kesan Abadi & Suci Dalam Debu) versi 07
- Suci Dalam Debu versi 07 ( vokal - Faizal AF )
Album Koleksi
- Dunia Iklim ( 1993 )
- Bukan Aku Tak Cinta ( Adinda Amiro & Rosyid Somantri )
- Dunia ( duet Saleem & Umarul ) / ( Jeffry Dungun / Mat Adorina )
- Patah Ranting Di Cermin Usia ( Annmas / Nur Ehsan )
- 2. Saleem ( Iklim ) - IKLIM ( 1993 )
- Sheilla ( Adinda Amiro & Rosyid Somantri )
- What Can I Say ( Bong / Hassan Abdullah )3. Seribu Penghargaan - IKLIM ( 1995 )
- Seribu Penghargaan ( duet Saleem & Umarul ) / ( Umarul )
- Love U So Much ( Instrumental ) / ( Mat Adorina )4. Sambutlah Tanganku - IKLIM ( 1997 )
- Sambutlah Tanganku ( Fauzi Marzuki / S.Amin Shahab )
- . Emas Selamanya - IKLIM ( 1997 )6. Dirgahayu - IKLIM ( 1997 )
- Bukan Ku Tak Sudi ( Reza / Arab )
Album kompilasi
- Iklim & Saleem ( MTV Karaoke ) - ( 1998 )
- Saleem IKLIM & Rahmat EKAMATRA - ( 2000 )
- Best Of The Best IKLIM & SEARCH - ( 2002 )
- Iklim EMAS UNPLUGGED - ( 2003 )
- Iklim EMAS MYSTERPICE - ( 2003 )
- Iklim EMAS MODERATE - ( 2003 )
- Iklim Sesuatu Yang Abadi - ( 2003 )
- Iklim Musim Bermusim - ( 2004 )
- Iklim Memori Hit - ( 2005 )
- Iklim ( KEUNGGULAN Saleem & Iklim ) - ( 2007 )
- Iklim ( Nyanyian Syahdu / Saleem & Iklim Terunggul ) - ( 2007 )
Filem & Konsert
1991 - FILEM / SUCI DALAM DEBU- ( arahan ZULKIFLI M.OSMAN )
- ( pelakon..Sidi Oraza , Julia Rais , Imuda & IKLIM )
- ( menggunakan Lagu IKLIM Sebagai Muzik Latar )
- ( pelakon Badrul Muhayat & Erma Fatima )
Lagu & single popular
- Suci Dalam Debu
- Bukan Aku Tak Cinta
- Di Pintu Mahligai
- Gerhana Cinta Luka
- Blues Terangganu Kita
- Bukan Ku Tak Sudi
- Bunga Emas
- Mimpi Yang Pulang
- Karam..Di Laut Duka
- Sheilla
- Bukan Niatku
- Sambutlah Tangan Ku
- Hakikat Sebuah Cinta
- Selamat Tinggal Penderitaan
- Namun Ku Punya Hati
- Mantera Anak Seni
- Sayembara
- Ammarah
- Mahligai Seribu Mimpi
- Sebenarnya Kata Pujangga
- Patah Ranting Di Cermin Usia
- Datang & Pergi
- Satu Kesan Abadi
- Bulan Jatuh Ke Riba
- Budi
- Dunia
- Sandiwara Cinta Semusim
- Biografi Yang Luka
- Elusan Cinta
- Suara Iklim
- Seribu Penghargaan
- Debu Debu Rindu
- Pergimu Satu Tanda
- Kasih Syurgawi
- Mungkin Tak Pasti
- What Can I Say
- Love U So Much ( Instrumental )
- Insan Seni
- Dialah Segalanya
- Hukum Alam
- Bujang Kota
- Malang Nasibmu
- Cinta & Khalimah
- Si Karut Marut
- Hey Maria
- Eksperesi Funky
- Hutang
- Abadi
- Senandung Semalam
- Semut
Penghargaan & Anugerah
( IKLIM - 1990 - 2004 )
- ANUGERAH SRI ANGKASA RTM 1990 - Kumpulan Muzik Terbaik / IKLIM
- ANUGERAH BINTANG POPULAR 1990 - Artis Berkumpulan Paling Popular / IKLIM
- JUARA LAGU 1990 Suci Dalam Debu - Juara Lagu Tempat 2 / Lirik Terbaik / Persembahan Terbaik Tempat 3
- PUJAAN 10 RADIO SATU RTM / NESCAFE 1990 - Lagu , Suci Dalam Debu 10 Minggu Tangga 1 Dalam Carta Radio ( Rekod )
- ANUGERAH TRIPLE PLATINUM 1991 Di MALAYSIA - Album Satu Kesan Abadi Jualan 350,000 Unit
- HDX AWARDS INDONESIAN MUSIC INDUSTRY - Suci Dalam Debu Lagu Terbaik 1992
- HDX AWARDS INDONESIAN MUSIC INDUSTRY - Album Suci Dalam Debu Jualan Terbaik 1992 ( 1 Juta Unit )
- ANUGERAH SRI ANGKASA RTM 1991 - Kumpulan Muzik Terbaik / IKLIM
- ANUGERAH BINTANG POPULAR 1991 - Artis Berkumpulan Paling Popular / IKLIM
- ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1993 - Saleem ( IKLIM ) / Memenangi Kategori Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam album
- ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1993 - Iklim / Memenangi Kategori Rakaman Album Terbaik
- TV SINGAPORE ( SBC RIA ) 1993 - Iklim / Memenangi Kategori , Kumpulan Muzik Terbaik , Menerusi Lagu BUKAN AKU TAK CINTA
- MUZIK - MUZIK 1994 TV3 - Lagu / Bukan Aku Tak Cinta 24 Minggu Dalam Carta ( Rekod )
- ANUGERAH PLATINUM 1994 - Album Dunia Iklim - Jualan 200,00 Unit
- ANUGERAH PLATINUM 1995 - Album Iklim 94 - Jualan 120,00 Unit
- ANUGERAH PLATINUM 1997 - Album Emas Selamanya Iklim - Jualan 200,000 Unit
- ANUGERAH PLATINUM 1997 - Album Dirgahayu Iklim - Jualan 150,000 Unit
- ANUGERAH EMAS 2004 - Album Bunga Emas Iklim - Jualan 50,000 Unit
Sunday, June 3, 2012
ILLUSI - Segalanya Ku Terima
Tajuk Lirik/Lagu: Segalanya Ku Terima
Aku yang kehilangan
Dalam diri sendiri
Terkurung dalam bayanganmu..
Dalam diri sendiri
Terkurung dalam bayanganmu..
Gelak ketawa engkau
Bagai bertahun dulu
Menyeretku ke syurga kita..
Bagai bertahun dulu
Menyeretku ke syurga kita..
Itu mimpi yang terkenang
Membuat aku terbuang
Tika memapah semangat
Yang masih ada..
Membuat aku terbuang
Tika memapah semangat
Yang masih ada..
Cerita silam ini
Menjadi racun bisa
Dan kini aku pun melara..
Menjadi racun bisa
Dan kini aku pun melara..
Terlemas di dataran
Dilambung ombak hidup
Pun aku masih menantimu..
Dilambung ombak hidup
Pun aku masih menantimu..
Akan tersingkaplah cinta
Yang telah sekian lama
Kita dodoikan bersama
Di mimpi ngeri..
Yang telah sekian lama
Kita dodoikan bersama
Di mimpi ngeri..
Biarpun masih tergagah
Menjulang cinta yang patah
Sebenarnya aku kesepian
Dan aku masih cinta..
Menjulang cinta yang patah
Sebenarnya aku kesepian
Dan aku masih cinta..
Diri ini penuh luka
Yang tidak akan tertutup
Meski pun ada pengganti
Seiras wajah
Yang tidak akan tertutup
Meski pun ada pengganti
Seiras wajah
Friday, June 1, 2012
Puisi Cinta - Illusi
a
Suaramu...
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku
Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku
Tiada terkata
Seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan dirimu
Akan ku syairkan katamu
Akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
Puisi cinta...
Akan ku ukirkan senyummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna
Potret indah...
Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku...
Menjadi hiasan hidupku.
Suaramu...
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku
Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku
Tiada terkata
Seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan dirimu
Akan ku syairkan katamu
Akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
Puisi cinta...
Akan ku ukirkan senyummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna
Potret indah...
Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku...
Menjadi hiasan hidupku.
Subscribe to:
Posts (Atom)